Kata-kata dr otai GIGATA : (edited by faisal_moukei)

GIGATA

Salam semua,

1st time saya posting nie... tips penting (dapat dari forum seperti Bobistheoilguy.com dan Rotella forum) kita kena pastikan ada tertulis support for ALLISON C-4 kalau nak gunakan EO Diesel pada motosikal. Maka kalau nak diikutkan kita tak perlu menambah ATF Dexron III (yg juga pada spesifikasinya support Allison C-4) pd. EO Diesel melainkan anda gunakan EO yg sememangnya tak support Allison C-4 (contoh: DELO 400, Petronas URANIA Supremo CJ-4 dan EO kereta.)

OCI (oil change interval) saya semasa guna DELO 400 ialah setiap 3000 KM dan terkadang lajak hingga 4500 KM.

SHELL RIMULA R3 X 15W-40, Rasa lebih mantap dari DELO 400 disebabkan dia support ALLISON C-4. Bab sprint memang puas hati. Pasal berbuih pada EO diesel nie anda tak perlu risau sangat sebab itu menunjukan detergency minyak EO diesel tu sendiri utk membersihkan enjin.

Saya rekomen kalau nak gunakan SHELL RIMULA lebih baik pilih Rimula R3 - X sebab spesifikasi dia lebih mantap dari segi TBN (Total Base Number). TBN value tinggi bermakna lebih tahan dalam lawan asid, karat dan jangka hayat minyak lebih lama (baik untuk extended drain interval).
Mobil delvac MX pon OK sepertimana salah seorang ahli sini dah gunakan. Pun support Allison C-4, jadi tak perlu tambah additional additives atau ATF etc... cuma harga pun agak mahal sedikit berbanding SHELL.

==========

Bab menambahkan ATF dengan EO diesel nie saya tak rekemen sebab utama adalah grade EO Diesel akan berubah (Viscosity asal juga akan berubah). Contohnye ATF Dexron III nie agak cair (hampir menyamai kelikatan EO SAE30 atau boleh jadi serendah SAE20). Maka sekiranya dicampur dengan EO diesel yg spec'd SAE 15W-40, kemungkinan besar akan berubah menjadi kelikatan seperti minyak 10W-30 atau silap campuran boleh lebih cair (10W-20 or 15W-20 ... etc) yang mana akan mempercepat proses kehausan BEARING. (tak sesuai utk perjalanan jauh)

Kalau perlu guna EO campuran, saya cadangkan guna EO kereta 15W-50 atau 20W-50 (70%) kemudian dicampurkan dengan ATF Dexron III (30%) utk dapatkan grade yg hampir menyamai spesifikasi EO motosikal iaitu SAE 10W-40. Tang 40wt nie yg sangat mustahak.

Kita tak mahu nanti dalam enjin, bila tang bearing EO tu berkelakuan macam EO yg spec'd 10W-20 atau rendah lagi, yg boleh menyebabkan metal-to-metal contact.

Note: EO kereta yg sebaiknya boleh digunakan utk motosikal adalah berspesifikasi API SH kebawah. Minyak API SM tidak digalakkan sebab ada "Friction Modifier" yg dah terbukti akan buat klac motosikal slipped! (berlaku hanya pada motosikal berklac basah = transmisi & injin berkongsi housing/sump) macam kebanyakkan motosikal kita gunakan di Malaysia nie.


=============

Salam, betul tu... yg SAE40 tu adalah MONOGRADE... masih boleh digunakan tanpa ragu-ragu cuma bagi aku ia tak sesuai untuk extended drain (lajak KM penggunaan melebihi spesifikasi pengeluar - Yamaha, Honda, Suzuki, Modenas dll..)

Pasal GM ALLISON C-4 tu... takyah sakit kepala... kalau takda pon OK motor kita ... Tapi kalau ade spesifikasi tu lagi best rasa clutch (lebih grip). Tapi pepehal pon ...menurut review dari omputih yg dah lama guna EO Diesel kat motor-motor diorang tak kire SUPERBIKE, MX, KTM, CRUISER, HARLEY DAVIDSON, Scooter etc. asal HDEO (Heavy Duty Engine Oil) dari brand SHELL ROTELLA / RIMULA (Market Europe & Asia), CALTEX DELO dan MOBIL DELVAC diorang tak agak-agak sesah guna sebab dah lama diorang explore dan buat eksperimen... BERKESAN, TERBAIK, dan mesti PILEHHH punye LAR!!!
__________________

INFO DARI : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=166635&page=2

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Ejen Petro Canada Malaysia